Monday, July 21, 2008

Pakcik Halim kami- speaker DUN PP tuu


PULAU PINANG, 2 Mei (Bernama) -- Naib Ketua 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Balik Pulau Abdul Halim Hussain, 48, hari ini mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menggantikan Datuk Seri Yahaya Abdul Hamid.

Perlantikan beliau sebagai speaker dicadangkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan disokong timbalannya, Mohammad Fairus Khairuddin pada persidangan sehari Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, yang diadakan bagi membolehkan Speaker, timbalan speaker dan 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Abdul Halim yang tewas kepada Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu di kawasan DUN Telok Bahang, sebelum ini merupakan bekas guru dan seorang usahawan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Ferris State University, Michigan dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Universiti Sains Malaysia (USM).Anak ketujuh daripada lapan orang adik beradik itu mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Wan Zuraida Amirruddin.

Abdul halim ketika dihubungi di sini berkata beliau berharap semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) menggunakan peluang berbahas dengan membangkitkan isu-isu yang spesifik dan tidak membuang masa Dewan."Saya bertanggungjawab memastikan persidangan Dewan berjalan lancar dan akan memberikan peluang yang saksama kepada semua untuk mengetengahkan sebarang isu atau masalah dan lebih fleksibel dengan masa agar persidangan menjadi lebih bermakna," katanya.


cayalaaa pakcik kami salute ngn pakcik.....hidup PKR....hidup Pakatan Rakyat

Sunday, July 20, 2008

Gambar2 ulama nusantara

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW


Sepeninggalan Abdulloh, Aminah tetap memelihara janin yang sedang dikandungnya. Anehnya, ia tidak merasa berat.Dia juga tidak merasakan fisiknya lemah sebagaimana lazimnya seorang wanita yang mengandung.

Ketika sudah waktunya melahirkan, Alloh mengizinkan janin yang membawa berkah ini untuk memulai babak baru kehidupannya di muka bumi, dalam rangka menunaikan tugas dan mengemban risalah agung nan mulia. Pada tanggal 12 rabiul awal tahun Gajah, bertepatan dengan tahun 570 M, saat pagi hari, Muhammad dilahirkan di rumah Abu Thalib, di daerah Bani Hasyim.

Sesaat setelah kelahiran Muhammad, Aminah mengirimkan kabar gembira kepada Abdul Muthalib. Dia segera mendatanginya dan memeluk sang bayi. Kelahirannya telah mengurangi kesedihan sang kakek akibat ditinggal anak kesayangannya yaitu Abdulloh.

Kemudian Abdul Muthalib pergi membawa bayi ke Ka’bah. Dia bersyukur kepada Alloh atas karuniaNya. Lalu memberi nama MUHAMMAD. Sebuah nama yang kurang familiar di kalangan bangsa Arab kala itu.

ketika Abdul Muthalib ditanya apa motivasinya memberi nama MUHAMMAD ? Dia menjawab “Aku ingin dia dipuji oleh Alloh di langit, dan dipuji manusia di muka bumi.”

Pada hari ketujuh dari kelahiran, Bani Hasyim menggelar pesta besar sebagai ungkapan rasa syukur kepada Alloh.

Syeikh Abdul Qadir al Jailani

Syekh Abdul Qodir al Jaelani (bernama lengkap Muhyi al Din Abu Muhammad Abdul Qodir ibn Abi Shalih Zango Dost al Jaelani). Lahir di Jailan atau Kailan tahun 470 H/1077 M sehingga di akhir nama beliau ditambahkan kata al Jailani atau al Kailani atau juga al Jiliydan.

Dalam usia 8 tahun ia sudah meninggalkan Jilan menuju Baghdad pada tahun 488 H/1095 M. Karena tidak diterima belajar di Madrasah Nizhamiyah Baghdad, yang waktu itu dipimpin Ahmad al Ghazali, yang menggantikan saudaranya Abu Hamid al Ghazali. Di Baghdad beliau belajar kepada beberapa orang ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthat, Abul Husein al Farra’ dan juga Abu Sa’ad al Muharrimi.

Syeikh Abdul Qadir al Jailani adalah seorang yang diagungkan pada masanya. Diagungkan oleh para syeikh, ulama, dan ahli zuhud. Beliau banyak memiliki keutamaan dan karamah.

Beliau adalah seorang ulama besar sehingga suatu kewajaran jika sekarang ini banyak kaum muslimin menyanjungnya dan mencintainya. Akan tetapi kalau meninggi-ninggikan derajat beliau berada di atas Rasululloh shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka hal ini merupakan suatu kekeliruan. Karena Rasululloh shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah rasul yang paling mulia di antara para nabi dan rasul yang derajatnya tidak akan pernah bisa dilampaui di sisi Alloh Subhanahu wa Ta’ala oleh manusia siapapun.


Kelahirannya
Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang ‘alim di Baghdad yang lahir pada tahun 490/471 H di kota Jailan atau disebut juga Kailan. Sehingga di akhir nama beliau ditambahkan kata Al Jailani atau Al Kailani atau juga Al Jiliy.

Pendidikannya
Pada usia yang masih muda beliau telah merantau ke Baghdad dan meninggalkan tanah kelahirannya. Di sana beliau belajar kepada beberapa orang ulama seperti Ibnu Aqil, Abul Khatthath, Abul Husein Al Farra’ dan juga Abu Sa’ad Al Mukharrimi sehingga mampu menguasai ilmu-ilmu ushul dan juga perbedaan-perbedaan pendapat para ulama.

Pemahamannya
Beliau seorang Imam bermadzhab Hambali. Menjadi guru besar madzhab ini pada masa hidup beliau. Beliau adalah seorang alim yang beraqidah ahlus sunnah mengikuti jalan Para Pendahulu Islam Yang Sholeh. Dikenal banyak memiliki karamah-karamah. Tetapi banyak pula orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau. Kedustaan itu baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran, “thariqah” yang berbeda dengan jalan Rasululloh shallallaahu ‘alaihi wa sallam, para sahabatnya dan lainnya.

Syaikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan dalam kitabnya, Al Ghunyah, “Dia (Alloh) di arah atas, berada di atas ‘ArsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu. “Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadits-hadits, lalu berkata, “Sepantasnya menetapkan sifat istiwa’ (Alloh berada di atas ‘ArsyNya) tanpa takwil (menyimpangkan kepada makna lain, -seperti Alloh dihati atau dimana-mana, ini adalah keyakinan batil-). Dan hal itu merupakan istiwa’ dzat Alloh Subhanahu wa Ta’ala di atas ‘Arsy.

Dakwahnya
Suatu ketika Abu Sa’ad Al Mukharrimi membangun sekolah kecil di sebuah daerah yang bernama Babul Azaj dan pengelolaannya diserahkan sepenuhnya kepada Syaikh Abdul Qadir. Beliau mengelola sekolah ini dengan sungguh-sungguh. Bermukim di sana sambil memeberikan nasehat kepada orang-orang yang ada di sana, sampai beliau meninggal dunia di daerah tersebut.

Banyak sudah orang yang bertaubat demi mendengar nasihat beliau. Banyak orang yang bersimpati kepada beliau, lalu datang ke sekolah beliau. Sehingga sekolah ini tidak kuat menampungnya. Maka diadakan perluasan.

Imam Adz Dzahabi dalam menyebutkan biografi Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam Siyar A’lamin Nubala, menukilkan perkataan Syaikh sebagai berikut, “Lebih dari lima ratus orang masuk Islam lewat tanganku, dan lebih dari seratus ribu orang telah bertaubat.”

Murid-murid beliau banyak yang menjadi ulama terkenal, seperti Al Hafidz Abdul Ghani yang menyusun Umdatul Ahkam Fi Kalami Khairil Anam. Ibnu Qudamah penyusun kitab fiqh terkenal Al Mughni.

Wafatnya
Beliau Wafat pada hari Sabtu malam, setelah maghrib, pada tanggal 9 Rabi’ul Akhir tahun 561 H di daerah Babul Azaj.

Pendapat ulama
Ketika ditanya tentang Syaikh Abdul Qadir Al jailani, Ibnu Qudamah menjawab, “Kami sempat berjumpa dengan beliau di akhir masa kehidupannya. Beliau menempatkan kami di sekolahnya. Beliau sangat perhatian kepada kami. Kadang beliau mengutus putra beliau Yahya untuk menyalakan lampu buat kami. Terkadang beliau juga mengirimkan makanan buat kami. Beliau senantiasa menjadi imam dalam shalat fardhu.”

Ibnu Rajab di antaranya mengatakan, “Syaikh Abdul Qadir Al Jailani adalah seorang yang diagungkan pada masanya. Diagungkan oleh banyak para syaikh, baik ulama dan para ahli zuhud. Beliau memiliki banyak keutamaan dan karamah. Tetapi ada seorang yang bernama Al Muqri’ Abul Hasan Asy Syathnufi Al Mishri (orang Mesir) mengumpulkan kisah-kisah dan keutamaan-keutamaan Syaikh Abdul Qadir Al Jailani dalam tiga jilid kitab. Dia telah menulis perkara-perkara yang aneh dan besar (kebohongannya). Cukuplah seorang itu dikatakan berdusta, jika dia menceritakan segala yang dia dengar. Aku telah melihat sebagian kitab ini, tetapi hatiku tidak tenteram untuk meriwayatkan apa yang ada di dalamnya, kecuali kisah-kisah yang telah masyhur dan terkenal dari kitab selain ini. Karena kitab ini banyak berisi riwayat dari orang-orang yang tidak dikenal. Juga terdapat perkara-perkara yang jauh (dari agama dan akal), kesesatan-kesesatan, dakwaan-dakwaan dan perkataan yang batil tidak terbatas. Semua itu tidak pantas dinisbatkan kepada Syaikh Abdul Qadir Al Jailani. Kemudian aku dapatkan bahwa Al Kamal Ja’far al Adfawi telah menyebutkan bahwa Asy Syathnufi sendiri tertuduh berdusta atas kisah-kisah yang diriwayatkannya dalam kitab ini.”

Ibnu Rajab juga berkata, “Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki pendapat yang bagus dalam masalah tauhid, sifat-sifat Alloh Subhanahu wa Ta’ala, takdir, dan ilmu-ilmu ma’rifat yang sesuai dengan sunnah. Beliau memiliki kitab Al Ghunyah Li Thalibi Thariqil Haq, kitab yang terkenal. Beliau juga mempunyai kitab Futuhul Ghaib. Murid-muridnya mengumpulkan perkara-perkara yang banyak berkaitan dengan nasehat dari majelis-majelis beliau. Dalam masalah-masalah sifat, takdir dan lainnya, ia berpegang pada sunnah. “

Imam Adz Dzahabi mengatakan, “intinya Syaikh Abdul Qadir Al Jailani memiliki kedudukan yang agung. Tetapi terdapat kritikan-kritikan terhadap sebagian perkataannya, dan Alloh Subhanahu wa Ta’ala menjanjikan (ampunan atas kesalahan-kesalahan orang-orang beriman). Namun sebagian perkataannya merupakan kedustaan atas nama beliau.” (Syiar XX/451).

Imam Adz Dzahabi juga berkata, “Tidak ada seorangpun para ulama besar yang riwayat hidup dan karamahnya lebih banyak kisah hikayat, selain Syaikh Abdul Qadir Al Jailani, dan banyak di antara riwayat-riwayat itu yang tidak benar bahkan ada yang mustahil terjadi.”

(Sumber Rujukan: Adz Dzail ‘Ala Thabaqil Hanabilah I/301-390, nomor 134, karya Imam Ibnu Rajab Al Hambali)


Ulama' & Guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiah di Kelantan


Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal (1903 - 1976)
Syeikh tarekat Ahmadiyah Idrisiah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa / Sidi Muhammad al-Azhari / Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat / Gong Kemudu.
Nama penuh ahli sufi ini ialah Haji Daud Shamsuddin b. Hj. Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad b. Haji Ismail. Manakala bapanya, Hj. Omar b. Hj. Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak.
Antara guru-guru awalnya ialah Hj. Awang Limbat, Tok Kenali, Tok Seredik, Maulana Tok Khurasan dan lain-lain. Beliau pernah belajar di Mekah dengan beberapa guru seperti Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah dan lain-lain.
Setelah kembali dari Mekah pada awal tahun1941, beliau berkebun sambil mengajar agama di beberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula pondok peninggalan bapa mertuanya, Hj. Awang Limbat.
Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan - mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu'uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan para muridnya, beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956) dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.
Beliau telah meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976. Antara muridnya yang terkenal ialah Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam), Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi dan Drs Abdul Rahman Hj Ahmad.
Menurut Guru kami, sewaktu Tuan Guru Haji Daud meninggal telah berlaku satu peristiwa yang pelik iaitu kedatangan manusia yang sangat luarbiasa ramainya malah tidak diketahui dari mana datangnya sehingga memaksa pihak berkuasa mengawal keadaan dan lalulintas. Malah pengurusan dan penghantaran jenazah beliau dari rumah ke tempat pengebumiannya sangat cepat kerana orang ramai meng'pas'-'pas'kan jenazah beliau dari kediamannya hingga ke tanah perkubururan dimana beliau dikebumikan..
Al-Fatihah untuk Tuan Guru.

Wali songo


Kemelut kenaikan harga minyak...

Semasa artikel ini di tulis, saya yakin kesemua rakyat Malaysia sudah mengetahui dan telah merasai keperitan kenaikan harga minyak. Kenaikan yang mendadak harga petrol kepada RM2.70 se liter pada kadar 78 sen atau 41% dan minyak diesel RM1 kepada RM2.58 se liter telah menimbulkan keresahan di kalangan semua terutama mereka yang berpendapatan sederhana ke bawah. Hampir setiap tempat yang kita lalui samaada di warung-warung atau di pasaraya maupun di tempat kerja maka tidak ada yang lain melainkan rungutan tentang kenaikan petrol.Mahu atau tidak inilah realiti yang kita hadapi dan inilah yang dikatakan pasaran global di mana harga sesuatu barangan tidak lagi ditentukan oleh pasaran tempatan tetapi oleh pasaran antarbangsa. Kemelesetan ekonomoi yang melanda Amerika Syarikat kini telah dirasai akibatnya oleh negara-negara lain terutamanya negara sedang membangun yang bergantung sebahgian besar ekonomi mereka kepada Amerika dan negara-negara barat.Tahun Bulan Harga satu Tong(USD) 2001 Jan 29.59
2002 Jan 19.71
2003 Jan 32.95
2004 Jan 34.31
2005 Jan 46.84
2006 Jan 65.49
2007 Jan 54.51
2008 Jan 92.97, Feb 95.39, March 105.45, Jun 139.00. Kalau di lihat dari segi statistik, kenaikkan harga minyak ini telah berlaku hampir setiap tahun (lihat carta di bawah). Tetapi tahun 2008 ini kenaikannya begitu mendadak sehingga memaksa kerajaan menaikkan harga minyak negara walaupun dari aspek politiknya ia membawa kesan yang sangat negatif kepada parti pemerintah. Kenaikan ini didorong oleh permintaan yang semakin banyak manakala pengeluarannya masih terhad. Oleh sebab itu satu mesyuarat tergempar telah diadakan di Arab Saudi baru-baru ini di mana kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan untuk menambahkan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari bagi membendung peningkatan harga ini. Sebenarnya kesan ini bukan saja dirasai oleh masyarakat negara ini tetapi seluruh dunia. Ini kita dapat saksikan bagaimana demonstrasi serta mogok telah berlaku secara besar-besaran di India, Cina, Eropah dan negara-negara lain. Tidak sukar untuk kita meramalkan bahawa perkara yang sama akan juga berlaku di negara ini seperti yang telah di uar-uarkan oleh pihak pembangkang yang bercadang untuk menganjurkan tunjuk perasaan 1,000,000 orang pada bulan Julai hadapan. Apa akan jadi jika harga pasaran minyak dunia meningkat kepada USD200 se tong???Apakah akibat kenaikkan harga minyak ini?Saya rasa tidak perlu saya berhujah dengan panjang lebar tentang akibat kenaikkan harga minyak ini. Pergi saja ke pasaraya-pasaraya atau kedai-kedai barangan, kita akan dapati makanan-makanan utama sudah melonjak tanpa batasan lagi. Kenaikan berkadar mengikut jenis barangan dari RM1 hingga RM10. Industri pembinaan antara yang akan terjejas begitu ketara. Cukuplah sekadar saya menyatakan beberapa implikasi melalui beberapa perkara berikut :-- Kenaikkan harga makanan asas seperti tepung, beras, gula dan sebagainya.- Beberapa projek mega yang dirancang sebelum ini mungkin akan terpaksa di tangguh antaranya RM1.3 billion Projek Monorail di P.Pinang dan RM5 billion projek pembekalan air dari Pahang ke Selangor. - Ini akan mengakibatkan kadar inflasi dijangka akan naik kepada 5%-7%.- Kadar elektrik rumah akan naik 18% manakala industri 26% pada Julai ini- Bajet defisit akan meningkat kepada 6% - 8%- MAS akan meningkatkan harga surcaj minyak- DBKL telah mengumukan kenaikkan harga caj letak kereta dari 60 sen sejam kepada 80 sen sejamBukankah Malaysia negara pengeluar minyak?Saya yakin ramai yang tertanya-tanya persoalan ini. Tak mungkin sebuah negara pengeluar minyak tidak dapat mengawal harganya. Kenapa tidak kita keluarkan untuk kegunaan sendiri? Bukankah itu dapat membantu rakyat. Sekali pandang memang ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya minyak yang dikeluarkan oleh Petronas sebahgian besarnya bukanlah untuk kegunaan tempatan tetapi sebaliknya dieksport. Minyak yang kita semua gunakan hari ini diimport kembali oleh negara kerana dari segi ”economic of scale” ianya lebih menguntungkan kerana perbezaan harga eksport dan import begitu besar dan menguntungkan negara.Adakah Petronas harus di salahkan?Mengikut statistik, tahun 2007 saja Petronas telah menyumbangkan sejumlah RM53 billion atau 35% kepada pendapatan negara. Ini bukanlah jumlah yang sedikit. Ada juga berita-berita yang didengar bahawa minyak simpanan negara hanya akan mampu bertahan dalam masa 10 tahun saja lagi. Bolehkah negara ini terus mengekalkan ekonominya jika masa tersebut sampai nanti? Satu perancangan rapi harus dilakukan. Sudah pasti Petronas tidak boleh menyumbangkan kesemua keuntungannya kepada kerajaan kerana ia juga harus melakukan pelaburan di negara-negara luar untuk mencari kawasan minyak yang baru dan ini memerlukan bukan jumlah wang yang sedikit. Walaupun Petronas dianggap syarikat minyak terkecil di dunia jika di bandingkan dengan Esso, Shell dan yang seumpamanya tetapi rakyat harus berbangga kerana Petronas telah berjaya mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda, pada tahun 2008 ini Petronas dijangka akan mendapat keuntungan sejumlah RM90 billion. Dari aspek ini kita rasakan sukar untuk kita menyalahkan Petronas.Cuma walaupun Petronas mampu menunjukkan prestasi yang begitu baik namun ada juga suara yang mengkehendaki Petronas membentangkan akan perbelanjaan yang mereka buat secara terperinci. Apa yang dimaksudkan di sini ialah Petronas harus telus dalam pemberian kontraknya supaya rakyat tahu duit itu digunakan pada kadar yang benar bukan berlaku kronism. Pendedahan ini mungkin akan mampu menambahkan lagi keuntungan Petronas di masa hadapan dan duit keuntungan ini dapat di salurkan kembali kepada rakyat.Kenapa kerajaan tidak boleh bagi subsidi?Menurut pakar ekonomi, pada tahun 2007 kerajaan telah memberi subsidi minyak sejumlah RM45 billion pada masa harga petrol USD100 se tong atau 79% dari jumlah subsisdi keseluruhannya. Dengan kadar kenaikkan kepada USD130 se tong hari ini, jika harga petrol ingin dikekalkan maka kerajaan dijangka akan terpaksa mengeluarkan subsidi sejumlah RM60 – RM65 billion pada 2008. Cuba kita semua bayangkan berapa banyakkah projek yang boleh dilaksanakan dengan jumlah wang RM60 billion ini? Sudah pasti ini akan memberi kesan kepada pembangunan negara jika kerajaan terus memberikan subsidi. Mungkin rakyat tidak sedar dan merasa selesa dengan budaya subsidi tetapi negara akan mengalami kemelesetan ekonomi yang boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan yang perlahan. Akibatnya mungkin tidak dirasai sekarang tetapi 20 tahun akan datang. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengawal jumlah subsidi dan dijangka hasil pengawalan ini akan menyebabkan kerajaan mampu untuk menjimatkan perbelanjaan sejumlah RM13.7 billion setahun. Jumlah penjimatan ini akan disalurkan kembali kepada :-- RM7 billion untuk subsidi minyak- RM4 billion untuk subsidi makanan- RM1.5 billion untuk subsidi minyak masak- RM0.4 billion untuk subsidi beras di Sabah & Sarawak- RM0.3 billion untuk subsidi roti dan tepungKerajaan juga memperuntukan RM5 billion rebet untuk semua pembaharuan cukai jalan.Apa yang kita minta kerajaan lakukan?
1. Ketelusan di dalam penggunaan dana kerajaan.Menurut kajian yang dibuat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pesoalannya bukanlah samaada bila subsidi ini harus diberhentikan atau tidak tetapi sebaliknya rakyat harus dimaklumkan secara telus tentang kemanakah duit ini dibelanjakan. Isu rasuah dan kronism atau nepotism dalam pemberian projek harus dihapuskan. Ini akan memberikan keyakinan kepada rakyat akan keperihatinan kerajaan kepada masaalah mereka. Persoalannya, dalam sistem yang korup sekarang ini bolehkah perkara ini dilaksanakan? Ini yang sangat membimbangkan kita semua di mana yang kaya semakin kaya dan terus mengaut keuntungan manakala yang miskin akan terus merempat. Lambat laun akan berlakulah ”disparity” (jurang) pendapatan yang ketara di antara golongan miskin dengan kaya seperti yang berlaku di negara jiran. Siapakah harus kita salahkan jika jenayah rompakan dan kecurian akan berlaku semakin berleluasa di masa hadapan jika ini tidak di bendung?
2. Memberhentikan Projek-projek pembaziranKerajaan harus berhemah dalam berbelanja terutama terhadap projek-projek yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat secara langsung. Kalaulah boleh di ambil contoh terdapat beberapa projek yang dianggap tidak begitu mendesak seperti :i. Membelanjakan RM500 juta untuk kompleks sukan di UKii. Membelanjakan RM17 juta untuk menganjurkan perlawanan bolasepak remajaiii. Membelanjakan RM50 juta untuk projek angkasawaniv. Projek Monsoon Cup yang menelan ratusan jutav. Pembinaan Perkampungan Islam Hadhari yang menelan lebih dari RM200 juta.Walaupun ada sebahgian kita mungkin mengatakan projek-projek ini baik untuk imej negara tetapi kita harus ingat semua ini adalah merupakan duit cukai rakyat.
3. Pekej relief (pelepasan) yang komprehensifUntuk mengurangkan bebanan rakyat, kerajaan harus menyediakan pakej pelepasan yang komprehensif, terutama kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Pengumuman pemberian rebat kepada pembaharuan cukai jalan, sejumlah RM625 untuk kereta dan RM150 untuk motosikal, adalah satu yang sangat dialu-alukan tetapi sudah pasti ianya tidak cukup. Rakyat sudah muak dengan umpan-umpan seperti ini seperti yang berlaku sebelum pilihnaraya yang lepas bila Menteri Pelajaran mengumumkan pengecualian yuran sekolah sedangkan yuran-yuran yang lain, yang jauh lebih tinggi, masih terus perlu dibayar. Rakyat kini bukan lagi seperti zaman 70-an atau 60-an yang boleh di momok-momok dengan kenyataan seperti ini lagi. Kita sangat mengharapkan dalam Bajet 2009 nanti akan banyak lagi pakej pelepasan yang akan diberi bagi menampung bebanan rakyat, contoh: pengurangan kadar cukai pendapatan, pengurangan kadar cukai jalan, mengawal harga barangan asas dan lain-lain. Yang pasti kita akan pegang pada janji PM bahawa harga minyak tidak akan naik lagi dalam masa terdekat ini.
4. Mengkaji kembali kadar gaji minimaTidak cukup dengan memberikan insentif, kerajaan mesti melihat kembali kadar gaji minima yang ada sekarang ini terutama pada yang berpendapatan rendah. Pemberian bonus, kadar kenaikan gaji tahunan, kelonggaran untuk kerja sampingan dan lain-lain lagi antara perkara yang kita harapkan kerajaan boleh pertimbangkan. Kerajaan harus juga melihat kembali Indeks Kadar Kemiskinan terutamanya penduduk bandar. Menurut indeks ini seseorang itu dianggap miskin jika pendapatannya di bawah RM690 sebulan tetapi hari ini walaupun pendapatan mencecah RM1,000 sebulan, ia masih sukar untuk hidup selesa dengan kadar kenaikan harga yang mendadak.
5. Membaiki infrastruktur pengangkutan awamKerajaan harus menyediakan infrastruktur pengangkutan yang baik sebagai alternatif kepada masyarakat yang tidak mampu. Di Singapura walaupun harga minyak naik tetapi ia tidak merisaukan rakyatnya kerana sistem pengangkutannya yang baik yang menyebabkan mereka tidak perlu memandu ke tempat kerja.
6. Perbelanjaan yang berhemah dalam sistem pentadbiran KerajaanAdalah sangat melucukan apabila kerajaan menyuruh rakyat berjimat cermat dalam berbelanja dan menyesuaikan diri dengan kenaikan harga barang jika dalam masa yang sama kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk mengawal perbelanjaan pentadbiran mereka. Elaun keraian, perjalanan untuk tugas-tugas rasmi, penginapan harus dilihat kembali.Apa pula yang rakyat harus lakukan?Secara umumnya rakyat semua mesti berhemah dalam berbelanja. Tidak ada erti jika kerajaan laksanakan semua langkah-langkah pemulihan jika rakyat sendiri tidak pandai menguruskan kewangan mereka. Memang mudah untuk menuding jari kepada satu pihak tetapi kita harus cermin diri sendiri samada kita telah merancang kewangan rumah kita atau tidak. Berapa banyak yang kita buat tabungan? Ada atau tidak perbelanjaan yang tidak perlu kita lakukan? Dan lain-lain persoalan lagi yang harus kita tanya diri sendiri. Orang lain tidak boleh menyusun untuk diri kita tetapi hanya kita sendiri yang mampu menentukan masa depan hidup kita.
AMINUDDIN YAHAYA
Aminuddin Yahaya
Setiausaha AgungIkatan Muslimin Malaysia (ISMA)