Monday, July 21, 2008

Etok2- kawe minat nih....




* Sorry for the blurry shot. So, what shall my excuse be? Ah hah ! The makciks were staring suspiciously at me, so I took a quick rough shot and flee for my life. How's that ?


Etok, as a light snack, is uniquely and truly Kelantanese. You won't find this anywhere else. At least, not in other parts of Malaysia. I started to realise how Etok had stretched across the political borders, only when I was living abroad. After all those years taking Etok for granted, I became rather astonished when I found Etok, nicely packed and displayed on refrigerated shelves, highly prized, in the Japanese supermarkets ! No. This is no joke. If I do. I would better off telling you that the Japanese are importing Kelantanese Budu for their Udon soup instead ! Only there, Etok are known as SHIJIMI. ( it would be spelt like this " γ‚·γ‚ΈγƒŸ " and for those self renowned Kanji Master out there, you would have already guessed that the Kanji for Shijimi is " θœ† ", provided that your PC could read Japanese ). I came to know later that Etok, or in this case, Shijimi is a well sought commodity throughout Japan. Like in Malaysia, Shijimi is found in big rivers and lakes in many parts of the country. In Osaka where I used to stay, the local supply of Shijimi came all the way from Biwa Lake in nearby Shiga, the biggest freshwater lake in Japan. The typical Japanese way in consuming Shijimi is by adding the clams into their Miso Shiru, a type of soup made from fermented soybean paste ( Miso ), a must in every Japanese meal. Miso Shiru often comes in its basic and simplest form but having the Shijimi in the Miso Shiru is considered a delicacy to the Japanese thus highly prized. Ohh...and that, I am so proud with Etok ! di pinjam dr ryankinzoku.fotopages.com
p/s....teringat masa aku kecik2 dulu, kutip etok ngn arwah MeK -bonda aku...pah tu basuh cuci2, boh ramuan sikit & jemur...yg biasa etok, org salai...peh nikmatnya...
MeK.....aku rindu akan diri MeK...Al-Fatihah utk arwah bonda tercinta.....moga2 kubur Mek menjadi salah satu taman2 syurga & MeK di tempatkan di kalangan org2 soleh & solehah....Amen

EtOk ooo eTok....


* An Etok seller at Pasar Kubang Pasu. My observation tells me that only women sell Etok. Etok sellers usually placed their commodity on a nyiru, a tray made from woven bamboo or pandanus strips, with a piece of newspaper lined between to avoid dirtying the Nyiru.


Meet Mokcik Etok ! No. It's not her real name. I deliberately called her that for those tiny things she was selling for RM 1 per cup. Before you would guess it, those things are called " ETOK ".

Don't look in your Kamus Dewan. You probably won't find the meaning of the word since it is purely Kelantanese. Even if you did, either Kelantanese is a prevalent Malay Dialect ( he he.. ) or they probably had it misspelled as E - T - A - K. Yes. It's E - T - O - K, not E - T - A - K ( and do not get confuse with A - T - O - K .. he he )

That is how they say it in Kelantan ! ~ ETOK ~! Etok is a small, pebble-sized, freshwater corbicula clam which lives at the bottom of rivers and canals, alongside scavanging fishes and crustaceans. Mostly found in the shallows and sandy parts of the river, they are least known or simply neglected by most Malaysians. The Kelantanese in the other hand, are so used with Etok. Besides giving it the only name probably known to the Malays, they also have a different yet creative idea concerning Etok. They would pick the Etok out from the river, clean them thoroughly, and for a short while, marinate the molusc with a special combination of crushed shallot, ginger, garlic, lemon grass and salt. Then quickly and very lightly "roasted" over glowing charcoal or under the Sun, to be eaten raw as an enjoyable snack ! It's the Kelantanese version of SUSHI in case if you are still wondering what it is !

Kelantan Darul Naim


Kata2 hikmat


Telah mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada kuda medan ini. Sekiranya jika ada orang yang mengangkatkan pekerjaan saya ini terhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu jadi kikit bagi sekalian penembak.

Jika tidak ia pejam matanya nescaya mati ia kerana dukacita, tetapi adalah dituntut daripada seseorang itu manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri di dalam laut api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angan-angan yang baik itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru dan elok."
"Tatkala saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang usaha pada menghimpunkan antara anak Melayu kita ini, maka cintalah saya dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap buah negeri di dalam Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri supaya menempati ia utusan yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan ugama."
"Cuba anakku tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan, maka di situlah "Pengasuh" bertimpuh (duduk) membedakkan sekalian yang hadhir dengan bedak pengharapan, mudah-mudahan subur sekalian dengan darah dan daging yang boleh mengkhidmatkan tanahair dan menunjukkan kepada Raja."

Idola ku


BIOGRAFI TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Ulama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited
Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.
Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.
"Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.
Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.
Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.

Pakcik Halim kami- speaker DUN PP tuu


PULAU PINANG, 2 Mei (Bernama) -- Naib Ketua 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Balik Pulau Abdul Halim Hussain, 48, hari ini mengangkat sumpah sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menggantikan Datuk Seri Yahaya Abdul Hamid.

Perlantikan beliau sebagai speaker dicadangkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan disokong timbalannya, Mohammad Fairus Khairuddin pada persidangan sehari Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, yang diadakan bagi membolehkan Speaker, timbalan speaker dan 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Abdul Halim yang tewas kepada Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu di kawasan DUN Telok Bahang, sebelum ini merupakan bekas guru dan seorang usahawan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Ferris State University, Michigan dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Universiti Sains Malaysia (USM).Anak ketujuh daripada lapan orang adik beradik itu mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Wan Zuraida Amirruddin.

Abdul halim ketika dihubungi di sini berkata beliau berharap semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) menggunakan peluang berbahas dengan membangkitkan isu-isu yang spesifik dan tidak membuang masa Dewan."Saya bertanggungjawab memastikan persidangan Dewan berjalan lancar dan akan memberikan peluang yang saksama kepada semua untuk mengetengahkan sebarang isu atau masalah dan lebih fleksibel dengan masa agar persidangan menjadi lebih bermakna," katanya.


cayalaaa pakcik kami salute ngn pakcik.....hidup PKR....hidup Pakatan Rakyat